Selasa, 7 Mac 2017

Cara-cara mengatasi hiburan melampau

Keprihatinan ibu bapa.
Peranan sebagai ibu bapa kepada seseorang remaja amat penting kerana ibu bapa merupakan orang yang sangat rapat dengan anak-anak atau remaja pada masa kini. Ibu bapa yang prihatin adalah ibu bapa yang sering mengikut pekembangan atau perubahan sikap bagi anak mereka. Selain daripada wang, anak juga memerluka keprihatinan dari kedua-dua ibu bapa mereka. Walau sibuk dengan kerja sekalipun, ibu bapa perlulah membahagikan masa untuk bersama anak-anak meraka yang sedang mencari erti kehidupan. Hal ini boleh melahirkan rasa disokong oleh orang tersayang bagi seseorang remaja.


Memberi pendidikan dan kasih sayang secukupnya.
Ibu bapa juga perlulah memberi pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka. Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Bermaksud, ibu bapa perlulah mengajar cara berhibur yang betul sejak anak kecil lagi. Atau memberi tahu kesan apabila berhiburan kepada anak-anak supaya meraka tidaklah menjadi seperti kejutan budaya apabila besar nanti. Dalam masa yang sama anak-anak dapat membesar dengan sihat dan tidak terjebak ke jalan yang tidak benar dan mereka dapat bezakan yang mana satu jalan yang betul dan mana satu jalan yang salah. Ibu bapa juga perlulah memberi pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka. Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Bermaksud, ibu bapa perlulah mengajar cara berhibur yang betul sejak anak kecil lagi. Atau memberi tahu kesan apabila berhiburan kepada anak-anak supaya meraka tidaklah menjadi seperti kejutan budaya apabila besar nanti. Dalam masa yang sama anak-anak dapat membesar dengan sihat dan tidak terjebak ke jalan yang tidak benar dan mereka dapat bezakan yang mana satu jalan yang betul dan mana satu jalan yang salah.


Menerapkan nilai-nilai murni melalui pendidikan agama dan moral.
Pendidikan agama dan moral juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri remaja. Sebagai contoh, remaja mengerti cara untuk bergaul yang betul dalam aktiviti hiburan. Cara untuk bergaul dalam hiburan adalah semasa berhiburan berlangsung kaum lelaki dan perempuan mestilah diasingkan ini kerana tidak mahu berlakunya fitnah dalam masyarakat. Seterusnya, bagi berintraksi dengan individu lain haruslah dengan sopan dan tidak mengunakan perkataan yang kasar.


Bijak memilih kawan.
Remaja perlulah bijak untuk memilih rakan. Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran agar kita terus berpendidikan dan berpelajaran. Kawan yang baik juga akan mengajak kita kepada kebaikan dan mengajar kita melakukan perkara yang baik. Kawan baik juga dapat membantu kita berfikiran secara positif dan terbuka.


Memberi nasihat.
         Manakala kita juga patut berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik tentang perkara yang kita buat. Jika kita mempunyai guru atau orang yang dipercayai kita tidak mudah untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik mahupun perkara yang tidak senonoh.


Peranan media massa.
Peranan media massa juga penting kerana ia dapat memberi kesedaran kepada remaja. Kesedaran itu dapat dipupuk melalui kempen yang dapat menarik minat remaja sekarang. Melalui rancangan yang disiarkan di televisyen yang mempunyai nasihat dan kata-kata kebaikan  juga dapat menghidupkan jiwa dan rohani dalam diri remaja. Rancangan itu mestilah berjaya menarik minat remaja tersebut.


Penguatkuasaan undang-undang.

Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis menjadi orang penting untuk menyelesaikan kes jenayah yang berlaku di negara kita. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Dengan cara ini kita dapat kurangkan masalah yang dilakukan oleh remaja.

Tiada ulasan: