Selasa, 7 Mac 2017

Pengenalan

Kami dari kelas DTK5A bersyukur ke hadrat ilahi dan ribuan terima kasih kepada Encik Marzuki kerana memberi kami masa yang mencukupi untuk menyiapkan e-folio ini. Tajuk penulisan e-folio kami ini ialah punca-punca hiburan melampau dan cara mengatasinya.

Hiburan ialah peristiwa, persembahan, atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, contohnya untuk permainan komputer, "penonton" mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau secara aktif seperti dalam permainan komputer. Industri yang membekalkan hiburan digelarkan industri hiburan.

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusian serta agama.


Justeru itu, kita lihat keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan negara kini semakin meningkat. Gejala sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awan terjejas, kesejahteraan umat juga tidak terkawal. Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”. Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.


OBJEKTIF

Blog ini disediakan adalah untuk:


    • Memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program yang dijalankan tidak menyalahi syara' dan tersasar ajaran Allah SWT.
    • Dapat membantu menambah pengetahuan generasi yang akan datang untuk berhibur mengikut cara Islam.
    • Dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keburukan apabila berhibur melampaui batas-batas yang dilarangkan oleh Allah SWT.

Tiada ulasan: