Selasa, 7 Mac 2017

Kesan-kesan hiburan melampau


Kesan yang kami temui kebanyakannya kesan negatif. Antaranya ialah:

Melahirkan golongan hedonisme.
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan. Apabila golongan hedonisme ini wujud maka timbul gejalan yang melupa kan agama, budaya, asal usul, dan etika murni. Hal ini kerana, individu akan asik berseronok sehingga malas melakukan pekara yang disuruh dan membuat apa yang dilarang. Selain itu, remaja hilang matlamat hidup kerana terlaku leka pekara yang penuh ilusi sehingga melupakan matlamat hidup sendiri.


Mencemari  nilai-nilai  murni  kesopanan  dan  kesusilaan.
Masyarakat kini hilang sifat berbudi bahasa terhadap masyarakat lain seperti warga tua kerana mereka mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan diri mereka tanpa menghiraukan larangan agama, adat, dan teguran masyarakat sekeliling.  Jika individu terlalu suka akan hiburan maka ia akan menyebabkan nilai murni tercemar. Sebagai contoh hilang bahasa yang sopan dalam komunikasi sesorang dengan sesorang yang lain. Ini boleh dilihat seperti remaja bertutur dengan golongan lebih tua. Tidak lagi mengunakan perkataan yang baik malah ada juga sanggup menghina. Seharusnya, kita rakyat Malaysia dikenali sebagai budaya bahasa yang baik dan sopan. Maka dengan kesan hiburan melampau ini oleh menyebabkan budaya bahasa kita dipandang rendah oleh masyarat luar. Selain itu, induvidu juga akan cuba mencari kepuasan dengan melakukan apa-apa jua tindakan yang boleh menyeronokkan tanpa memperdulikan larangan agama dan adat. Segelintir individu pada masa kini tidak lagi takot kepada dosa dan balasan dari Allah SWT.


Merugikan wang.
Seseorang individu akan kehabisan wang ringgit jika tidak bijak untuk mengunakannya denagn sebaik mungkin. Mungkin ramai dikalangan kita suka pergi ke pusat hiburan untuk melupakan masalah yang dihadap dengan mengeluarkan wang yang besar. Tetapi persoalan disini, adakah masalah itu dapat diselesaikan? Sememangnya tidak bukan. Lebih baik wang itu digunakan untuk mengelesaikan masalah atau disimpan untuk masa kecemasan. Selain itu, segelintir individu sanggup mengeluarkan wang  ringgit bahkan harta benda semata-mata untuk berhiburan. Individu ini speti tidak tahu had untuk beberlaja dengan bijak. Dan kebiasaanyan berbelanja tanpa had  bukan untuk keperluan hari tetapi hanya semata-mata untuk memenuhi nafsu berhibur.


Tidak minat untuk belajar.
Kebiasaanya apabila pelajar sekolah telah didedahkan dengan hiburan tanpa diawasi pasti perubahan drastik akan berlaku. Tambahan pula,  hiburan itu adalah sesuatu perkara yang baru bagi seseorang yang menyebabkan keinginan mencuba hadir. Perubahan drastik yang biasa didengari ialah mengisap rokok, melepak, minum arak dan sebaginya. Hal in termasuklah tidak berminat untuk belaja. Sebelum ini belajar semuanya dalam keadaan baik tetapi setelah terjebak dengan hiburan maka kemalsan itu datang. Dalam masa yang sama, pelajar tersebut boleh gagal dalam pelajaran. Apabila tidak belajar itulah padahnya, kegagalan yang ditemuinya. Hal ini akan menyebabkan masa hadang seseorang gelap dan boleh meningkatkan kadar kehidupan tidak mempunyai perkerjaa kerana tidak mempunyai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.


Menimbulkan angkara negatif.

Hiburan melampau juga dapat menyumbang pelbagai angkara negatif. Contonhnya, pergaulan bebas. Hal ini kebiasaannya berlaku kepada remaja. Sudah ternyata bahawa remaja sangat suka akan benda yang baru dan akan mencubanya. Misalnya, remaja lelaki bergaul dengan remaja perempuan ditempat yang gelap dan mendatangkan kecurigaan bagi masyarakat sekeliling yang melihatnya. Selain itu, bergaduh sesama meraka. Hal ini kebiasaanya berlaku kerana ketidakpuasan hati seseorang. Mungkin terlalu bergaul sehingga tidak melihat status seseorang itu untuk berkawan. Mungkin isteri orang yang dijadikan kekasih. Maka pergaduhan berlaku.

Tiada ulasan: