Selasa, 7 Mac 2017

Punca-punca berlakunya hiburan melampau

Terdapat banyak punca berlakunya hiburan melampau dikalangan remaja pada masa kini. Sebagai contoh dari aspek didikan agama, kemunculan teknologi, rakan sebaya, sikap ibu bapa dan sikap individualistik masyarakat. Dibawah adalah huraian antara aspek bagi punca-punca berlakunya hiburan melampau:


Didikan agama.
            Didikan agama adalah sesuatu perkara yang sangat penting bagi individu untuk membentuk akhlah yang cantik dan baik. Sebagai ketua yang paling besar, bapa memainkan peranan penting dalam sesebuah keluaga. Oleh itu, bapa bertanggungjawab ke atas segala keperluan ahli keluarga dan perlu menyediakan keperluan itu dengan secukupnya. Hal ini termasuklah keperluan menuntut ilmu dan didikan agama kepada diri seseorang lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda atau remaja yang bergelar dengan generasi Y yang lahir pada masa kini. Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:

 “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya kita.”
                                                                                                                          (Ibnu Majah)

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.

Hal demikian kerana, faktor remaja terjebak dalam hiburan lampau adalah berpunca daripada kekurangan didiakan agama dan moral yang mendalam. Pada zaman era globalisasi kini, remaja tidak lagi takut kepada dosa yang dilakukan malah, bertindak melakukan sesuatu tidak lagi memikir tentang pembalasan Tuhan terhadap apa yang dilakukan. Kebiasaannya, apabila remaja (Islam) telah leka dengan hiburan perkara yang wajib dilakukan akan dilupakan. Sebagai contoh perkara wajib dilakukan adalah solat 5 waktu. Mana tidaknya, jika keluar pada waktu malam akan balik pada pagi keesokan pagi. Jika keluar pada siang hari pula, remaja sibuk melayan hiburan sehingga tidak ada masa sikit pun untuk solat. Remjaa berpendapat bahawa, kehidupan pada masa remaja ini perlu diisi denagn hiburan dan keseronokan semata-mata. Maka dengan itu, didikan agama adalah sangat penting untuk mencegah hiburan lampau di kalangan remaja.


Kemunculan teknologi.
Kemunculan teknologi yang canggih adalah satu perkembangan yang baik untuk sesebuah Negara. Teknologi yang canggih dicipta untuk tujuan mempermudahkan sesuatu pekara. Kemunculan media massa pada masa kini adalah salah satu contoh perkembangan teknologi yang diketahui oleh banyak pihak.
Tetapi dengan kemudahan yang diberi ramai juga yang salah guna kemudahan itu terutamanya dikalangan remaja.pengaruh media massa terhadap remja sememangnya tidak dapat dibendung lagi. Hal ini kerana, media massa turut mendorong masalah hiburan lampau sehingga melonjak dengan drastik. Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang penah di lihat dan di dengari kerana remaja pada masa kini mempunyai naluri yang besar untuk mencuba sesuatu di depan matanya. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial.
Sikap ingin mencuba in adalah sikap yang positif tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sesuka hati perlu ada tujuan yang berfaedah dan dapat iktibar daripada apa yang dilihat dan didengari. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk dicuba pula dalam hati remaja. Seharusnya, sebelum melakukan sesuatu perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu pekara yang akan diperoleh dari media massa.


Rakan sebaya.
Selain daripada ibu bapa dan ahli keluarga, rakan sebaya adalah orang yang paling rapat bagi seseorang individu. Ada kalanya seseorang individu lebih gemar menceritakan hal peribadinya kepada rakan sebaya berbanding menceritakan kepada ibu bapa terutamanya kalangan remaja pada masa kini. Bagi pendapat remaja pada masa kini, rakan sebaya lebih memahami apa yang ingin mereka sampaikan. Mana tidaknya, jika mereka menceritakan hal peribadinya kebiasaannya ibu bapa akan menolak dan menentang perasaan atau keinginan yang anak meraka cuba sampaikan. Maka dengan itu, remaja lebih mendiam diri daripada bercerita kepada ibu bapa.

Dengan berpendapat rakan sebaya adalah rakan yang dapat memahami dan sanggup berkorban untuk diri meraka maka, kesemuanya yang di lakukan oleh rakan sebayanya adalah betul. Hal ini menyebabkan, remaja akan terikut-ikut perbuatan rakan sebayanya yang sering dilakukan tanpa mengira perbuatan yang dilakukan itu adalah perbuatan yang salah dan tidak beraedah. Dengan melakukan perbuatan yang negatif ini remaja akan mudah terjerumus dengan drstiknya dalam masalah sosial dan hiburan melampau. 

Disebabkan rakan sebaya yang dipercayai pada masa itu, maka segala yang terdapat padanya adalah sesuatu yang indah dan yang paling penting perbuatan itu dapat menarik pehatian orang ramai. Hal ini kerana, ramaja masa kini meninginkan dirinya selalu berada didalam perhatian dan dipandang oleh orang ramai. Ini bermaksud, jika seorang rakan sebayanya tidak memakai tudung apabila diluar rumah, mungkin itu perbuatan yang menarik yang perlu di ikuti kerana berpendapat orang ramai akan tertarik jika melihat gaya dan cara pakainya. Maka, remaja yang mempunyai sikap yang baik juga boleh terikut dengan perbuatan demikian tanpa memikir kesan yang akan mendatang. Terdapat banyak contoh perbuatan rakan sebaya yang kebiasaan diikuti seperti melepak, merokok,minum arak dan melihat konsert yang penuh dengan alat muzik.  Hal ini menunjukkan remaja itu telah terjerumus dalam masalah sosial dan hiburan melampau. Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan"
                                                                                                                      ( Al A’raf : 26)


Sikap Ibu Bapa.
Faktor terjadinya hiburan melampau dalam kalangan remaja juga berkait rapat dengan sikap ibu bapa. Pada zaman kini, individu lebih mementingkan duit dan kerjaya berbanding kebajikan keluarga yang ingin membesar dengan keadaan sihat dan sejahtera. Tambahan pula, individu berpendapat bahawa jika tidak mempunyai duit yang cukup,makan kesusahan akan hadir dalam kehidupan meraka termasuklah golongan ibu bapa yang modan pada masa kini.

Majoriti, ibu bapa berpendapat remaja pada masa kini hanya memerlukan duit atau perbelanjaan semata-mata. Tetapi meraka silap, remaja yang sedang meningkat usianya juga sememangnya memerlukan perhatian yang lebih dan kasih saying yang sepenuhnya untuk menghadapi hari-hari akan datang. Sedang usia remaja meningkat seharusnya ibu bapa sentiasa ada untuk sagala dugaan dan rintangan yang dihadapi. Hal in akan melahirkan rasa diri dihargai dan disokongi pada setiap keadaan sekalipun. Pada usia seorang remaja meningkat, terlalu banyak perkara yang ingin ia ceburi. Pada masa inilah ibu bapa perlu menjadi kawan rapat bagi remaja kerana segala keinginannya pasti di beritahu kelak.
Sikap ibu bapa yang sibuk menyebabkan anak­-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka mulalah melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan rasa kebosanan. Hal ini kerana, remaja merasakan tiada sokongan yang diberi oleh keluarga. Kebiasaannya remaja ingin menceritakan sesuatu yang gembira kepada ibu bapa. Akan tetapi, ramai ibu bapa yang memberi alasan mereka tidak ada masa untuk mendengar kerana kepenatan bekerja seharian. Hal ini akan menyebabkan remaja berasa terkanan dan meniginkan hiburan untuk dilupakan segala masalah itu.


Sikap individualistik masyarakat.
Masyarakat yang bagus adalah masyarakat yang sering menyetahui atau prihatin atas segala masalah yang berlaku di sekalilingnya. Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga adalah faktor yang menyumbang kepada penglibatan hiburan melampau dikalangan remaja.
Pada masa kini, masyarakat lebih cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahu menjaga hal orang lain. Mereka berpendapatan segala masalah adalah urusan atau tanggungjawab pihak berkuasa sahaja. Tidak hairanlah jika terdapat ramai penagih dadah disekitar tempat tinggal mereka. Bukankah lebih baik menghapuskan penagih dan penjenayah dengan secepat mungkin? Untuk mengatasi masalah tersebut memerlukan kerjasama banyak pihak termasuklah kerjasama dari masyarakat setempat hal ini bukan tertumpu kepada pihak berkuasa.
Seharusnya, masyarakat perlu juga menegur kesilapan yang dilakukan orang sekeliling tidak kiralah orang itu adalah ahli keluarga atau bukan. Contohnya, seorang kanak-kanak  sedang menghisap rokok maka wajarlah individu untuk menegur perbuatan itu kerana perbuatan yang dilakukan itu adalah perbuatan yang salah. Oleh sebab itu, masalah gejala sosial dan hiburan lampau ini dapat dibendong. Hal ini kerana, apabila seseorang menegur kesalahan yang dilakukan makan seseorang itu akan merasa malu dan tidak dilakukan lagi.
Selain itu, guru disekolah juga memainkan peranan yang penting. Seharusnya, setelah sesi persekolahan perlu ada program yang menarik yang dikenalkan untuk pelajar. Hal ini dapat menghalang pelajar daripada pergi membuangmasa ke pusat membeli belah dan dalam masa yang sama terjerumus dalam gejalan yang tidak berfaedah. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik di sekolah  ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin dan tidak terlalu mendedahkan meraka dengan perkara negatif.

1 ulasan:

P A P A H Q I Q I dari Tasikmalaya berkata...

bagus artikelnya tentang apa arti hiburan, semoga dapat bermanfaat bagi siaa saja yg membacanya. bagi saya menambah ilmu juga