Selasa, 7 Mac 2017

Kesimpulan

Remaja generasi kini tidak lagi mementingkan perihal halal dan haram contohnya minum arak, berpegangan tangan (bukan muhrim) malah ada juga tidak  menghormati ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka lebih mementingkan keseronokan yang tiada batasan dan  mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup.

            Secara amnya, golongan remaja adalah yang berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Ketika diusia remaja ramai diantara mereka yang terlibat dalam hiburan yang melampau dan mempunyai pelbagai masalah sosial. Diusia ini juga remaja yang kurang pemerhatian dari ibubapa akan cuba mencari keseronokan diluar.

Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna pada suatu hari nanti iaitu dengan cara ibu bapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Didikan agama juga  perlu dititikberatkan dalam keluarga agar ia dapat dijadikan panduan untuk membina keluarga yang harmoni.

Usaha memperbaiki akhlak remaja bukanlah suatu usaha jangka pendek yang boleh dilakukan oleh sesuatu individu khusus, tetapi ia adalah usaha berterusan yang memerlukan kesedaran dan tindakan semua pihak, daripada ibubapa, sekolah, institusi-institusi kerajaan dan bukan kerajaan, dan diri remaja itu sendiri. Gejala-gejala keruntuhan akhlak yang semakin meluas pada hari ini adalah sebahagian daripada simtom-simtom meninggalkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Maka setiap orang dan pihak perlu melakukan tanggungjawabnya di dalam pembinaan akhlak remaja. Seseorang remaja perlu mencari persekitaran  bagi memastikan dirinya mendapat pengaruh yang baik. Seseorang ibu atau bapa perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pendidikan anak-anak remajanya di rumah. Seorang guru perlu menyediakan persekitaran di kelas yang menyokong peningkatan akhlak anak muridnya. Dan sesebuah kerajaan perlu menggerakkan institusi-institusinya ke arah menjana generasi remaja cemerlang yang bakal menggantikannya suatu hari nanti.

Pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.

Setiap pihak mesti melaksanakan amanah dan tanggungjawab menangani masalah keruntuhan akhlak ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Kesan positif daripadanya akan lahirlah generasi-generasi muda-mudi yang cemerlang dari sudut akhlak yang sudah tentu akan membimbing negara yang tercinta ini ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.

Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah ditangani dengan bijak dan segera. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, jiran tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan bersama-sama mengatasi masalah yang kian runcing di negara kita pada hari ini. Sesungguhnya, para remaja pada hari ini merupakan umarak (pemimpin) nusa bangsa pada masa depan.

4 ulasan:

muhd berkata...

saya ambil info ini sbg isi kesimpulan saya ...terima kasih

muhd berkata...

saya ambil isi ni ya

Unknown berkata...

halalkan saya ambil idea untuk assignment saya, terima kasih.

achilloch berkata...

Slotyro Casino - Mapyro
Find the best slotyro casino in Tunica, Mississippi and get the best casino 파주 출장샵 rates. Mapyro 밀양 출장샵 Casino has 2.0 million square feet 김천 출장샵 of 청주 출장샵 gaming space, 청주 출장마사지